Wednesday, April 09, 2008

TIGA PERUBAHAN


    1.MEMULIHKAN SEMULA DEMOKRASI dalam UMNO
    2.DASAR dan VISI hendaklah merentasi sempadan kaum serta tidak lagi dilihat sebagai parti untuk orang Melayu sahaja
    3.PERANGAI serta KELAKUAN, BUDAYA, MORAL dan AKHLAK orang UMNO perlu diadabkan
(orang UMNO tak cukup adab lagi ke?)
Sebaris ayat yang tidak sedap ditulis dan dibaca ....

.........musnahnya demokrasi UMNO ianya bermula apabila Perlembagaan parti dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak bertanding jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO...

Teman rasa ini ada motif peribadi le. Apa tidaknya, awal-awal lagi "si anu" tu dah isytihar nak bertanding Presiden. Dalam pada itu juga, imej UMNO telah mereka gariskan sebegini....
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

    1. UMNO tidak lagi memperjuangkan hak yang menjadi warisan bangsa, bahasa, budaya dan ekonomi Melayu
    2. Imej dimata orang bukan Melayu iaitu mereka menganggap parti ini untuk kepentingan orang Melayu dan bukannya kepentingan orang lain.
    3. Imejnya sebagai parti orang kaya di atas dan parti orang miskin di bawah; parti yang korup; parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek serta kontrak kerajaan - imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu


Mengapa la ni baru nak digembar-gemburkan. Buka pekong di dada sendiri.Ini mesti pasai menang sikit. kalau menang banyak, tentu ok punya. Hai entahlah ....

Yang sebenarnya dan yang amat perlu kita fikirkan ialah "BAGAIMANA PRESTASI DI KELANTAN?" Apa resepi yang perlu dihidangkan kepada rakyat Kelantan agar mereka syok kat BN ni? Fikirlah soal negeri dulu, baru fikir pasal kebangsaan.Gajah didepan mata tak nampak, tapi kuman sebalik gunung nampak.

Lagi tidak seronok bila 26,000 pucuk surat sudah dihantar ke seluruh ketua Bahagian, anggota JK Bahagian dan Ketua Cawangan agar mengadakan EGM. Ni apa kerja? Terpengaruh ka bapak-bapak kepala parti ni? Kalau terpengaruh, lingkup lagi. Tsunami mai lagi sekali, habis sapu bersih. Pembangkang tepuk tangan. UMNO Bahagian Cheras pun dah habaq nak buat pada 27 April 2008. Lepas itu, tang mana lagi .....MARILAH KITA FIKIR BERSAMA-SAMA..
Sambung bacaan KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Quick Linker