Wednesday, April 02, 2008

FIKIR-FIKIRKAN

Petikan –BERITA HARIAN (02 April 2008)


Ahli majlis PBT dan JKKK daripada Umno di Kedah diarah letak jawatan

ALOR STAR:

Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno diarah meletak jawatan berkuat kuasa semalam ekoran kekalan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat Umno Kedah di sini malam tadi.

Katanya, semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lalu untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.
“Bagaimanapun, mulai semalam juga semua JKKK itu akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri .

Sebelum ini, semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada parti komponen BN yang lain sudah melepaskan jawatan mereka selepas BN tewas pada pilihan raya umum itu.
Mahdzir berkata, sebahagian ahli majlis PBT daripada Umno menghantar surat peletakan jawatan mulai semalam dan selebihnya akan berbuat demikian hari ini. — Bernama


See this webKLIK HERE

No comments:

Post a Comment

Quick Linker