Wednesday, April 02, 2008

BEST PUNYA

SUATU PERKEMBANGAN POSITIF



Ini suatu penulisan dari sebuah blog (Tak payah lah susah-susah tulis siapa.. nanti bangga pulak)


"Tahniah kepada Datuk Dr. Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang kini mempunyai blognya sendiri. Malah lebih memeranjatkan lagi sehingga jam 8.45 pagi tadi topik terakhir beliau telah mendapat 452 'comments' dari pembaca blog.



Apa yang menggembirakan saya ialah akhirnya komen saya telah dimasukan juga. Hampir 24 jam saya menunggu sama ada komen saya akan diterima atau tidak. Komen saya hanya mengandungi 3 ayat seperti berikut: 1. Wau...Tahniah Datuk, ini baru dikatakan Pemimpin berjiwa rakyat.
2. Jika Datuk hendak cadangan, sila layari blog saya.
3. Selepas Datuk baca, ambil mana-mana yang boleh diguna pakai dan tinggalkan mana-mana yang tidak boleh digunakan.

Akhirnya fungsi blog kini telah diiktiraf sebagai saluran penting untuk Pemimpin berinteraksi dengan rakyat dan begitu juga disebaliknya. Jika masih ada Pemimpin-pemimpin yang berpendapat bahawa blog tidak penting, maka saya harap Pemimpin-pemimpin berkenaan teruskanlah bergantung harapan kepada TV3, RTM, U.Malaysia dan B.Harian untuk meneruskan usaha anda untuk menuju 'kehancuran' kerjaya anda sebagai seorang Pemimpin.

Kini saya dan rakyat keseluruhan masih menanti keujudan blog-blog dari Pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Malah dalam hal ini saya merasa bangga kerana Pemimpin seperti Sdr Mat Sabu yang selalu dihina dan dikutuk itu telah lebih awal mempunyai blognya sendiri. Tahniah Abang Mat.

Malah dalam kita berbicara soal blog, sebelum ini saya ada terbaca dalam satu blog lain yang menyatakan ada Pemimpin Umno di bahagian tertentu tidak tahu dan tidak kenal apa itu 'tumbdrive'? Kenapakah sampai ketahap ini sekali dangkalnya Pemimpin Umno sekarang. Renung-renung dan fikir-fikirlah sendiri.

Pada bakal-bakal Pemimpin Umno yang mempunyai hasrat untuk mengujudkan blognya sendiri, harapan saya pada anda semua agar tidak perlu malu dan takut. Teruskan usaha itu dan jangan pedulikan apa saja komen yang datang dari 'Pengkritik tanpa batas' yang akan menghentam anda dari masa ke semasa.

Begitu juga jika anda seorang Pemimpin yang kental maka anda tidak perlu sekat apa saja komen yang dilemparkan kepada blog anda. Jadilah seperti saya walaupun orang maki hamun dan mencaci saya hanya kerana gara-gara menggunakan nama 'su-kj' tetapi akhirnya mereka akan menerima juga kehadiran saya dalam dunia blogger. Bagi saya nama itu tidak penting dan yang penting ialah isinya, tujuannya, hasilnya dan kesannya.

Pandangan saya:
kalau baca tulisan-tulisan di atas ini, BERHATI-HATILAH SIKIT - AMBIL YANG JERNIH BUANG YANG KERUH..

No comments:

Post a Comment

Quick Linker