Monday, May 12, 2008

CERITA TAHUN 1985

Tujuan Barisan Nasional(BN) yang ditubuhkan pada tahun 1970,adalah untuk mengurangkan politiking di kalangan parti politik demi untuk mewujudkan kestabilan negara serta mengemblengkan tenaga untuk pembangunan dan perpaduan. Namun, sejak kebelakangan ini (sekitar 1985), imej dan perpaduan BN agak terjejas kerana timbul beberapa pergolakan dan krisis dalaman beberapa buah parti komponen BN. Ini merangkumi perselisihan faham berlaku di kalangan pemimpin parti komponen BN sama ada di peringkat pusat, bahagian dan cawangan. Berlaku percanggahan pendapat tentang sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti. Ini adalah
perkembangan yang kurang sihat dan perlu diselesaikan segera untuk menjaga imej dan perpaduan serta kekuatan BN.


BN telah pun mendapat mandat menubuhkan kerajaan lebih daripada lima belas tahun dalam tiga pilihanraya umum. Jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya umum ialah:





TAHUNBIL.MENANGJUMLAH KERUSI
1974135154
1978131154
1982132154


Akan tetapi, BN tetap mengalami pelbagai krisis dan pergolakan dalaman parti-parti komponen. Bak kata orang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sejak ditubuhkan, dua buah parti komponen telah dipecat. Pada tahun 1977,PAS telah keluar dari BN kerana krisis kepimpinan parti itu di Kelantan dan tindakannya menentang langkah Kerajaan Pusat mengambil alih pentadbiran negeri tersebut
USNO pula dipecat pada tahun 1984 kerana tidak menyokong isu Pindaan Perlembagaan dan menentang langkah kerajaan menubuhkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beberapa buah parti komponen BN mengalami krisis dan pergolakan yang hebat, antaranya pada Jun 1983 -SNAP di Sarawak telah berpecah kepada Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS> yang diketuai oleh Datuk Leo Moggie, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos masa itu. PBDS diterima sebagai keluarga BN.


Pada tahun 1984, banyak parti komponen BN bergolak seperti UMNO, MCA, MICdan Gerakanatas sebab pemilihan pucuk pimpinan.Pergolak yang hebat berlaku dalam UMNOkerana persaingan merebut jawatan-jawatan penting dalam parti seperti pertandingan tiga penjuru antara Datuk Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Harun Haji Idris merebut jawatan Timbalan Presiden.


Click Here!


Quick Linker