Saturday, March 15, 2008

POLITIK MALAYSIA

PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE 12telah pun selesai. Ada yang terkejut, terkedu, tersedu dan termanggu-manggu. Apa tidaknya EVERYTHING CHANGES!!!

Saya suka untuk menyelak-nyelak kembali kenangan silam tentang POLITIK MALAYSIA. Saya rasa terpanggil untuk membicarakan pasal POLITIK MALAYSIA. Apa tah lagi hari ini, bulan ini dan tahun ini, segala-galanya berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga.

Saya terbaca sebuah artikel dalam sebuah majalah yang bertajuk "UMNO TUNGGAK NEGARA" . Tajuknya amat menonjol dan ditulis sekitar tahun 1996 ( melebihi 12 tahun). Saya perturunkan sedikit petikan artikel tersebut untuk tatapan umum.


.... Pada 11 Mei setiap tahun, UMNO menyambut ulangtahun penubuhannya. Tapi pada tahun ini (1996), sambutan itu dibuat secara besar-besaran kerana UMNO sudah menjangkau 50 tahun (kalau manusia sudah kategori warga emas). UMNO atau Perubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PAKEMBAR) adalah sebuah parti politik yang secara berterusan memerintah negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada mulanya, pemerintah Malaysia terdiri daripada gabungan parti politik yang dinamakan PERIKATAN, tetapi kini dikenali sebagai BARISAN NASIONAL yang berlambangkan DACING atau PENIMBANG.


Kejayaan UMNO bukan sahaja terletak pada kemenangannya dalam setiap pilihanraya umum dan terus-menerus memerintah Malaysia, malah kerana berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju. malah UMNO meletakkan negara ini di atas landasan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

No comments:

Post a Comment

Quick Linker