Monday, March 17, 2008

UMNO:FIRST NOTE

(sambungan dari post terdahulu)

Kejayaan-kejayaan UMNO mencorak pentadbiran di Malaysia akan lebih dihargai jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain yang lebi awal merdeka seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara Komanwel yang lain.Malah banyak negara tersebut mengalami perang saudara yang tiada kesudahan.

Kejayaan PERTAMA UMNO ialah mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dengan menggagalkan rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union.

Kejayaan KEDUA ialah mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia daripada Britain melalui perundingan yang tidak menumpahkan darah.

Seperti namanya, UMNO merupakan sebuah pertubuhan untuk orang Melayu yang menyatukan bangsa ini di peringkat kebangsaan. PERLU DIINGATKAN BAHAWA SEBELUM WUJUDNYA UMNO, ORANG-ORANG MELAYU BERPECAH-BELAH MENGIKUT NEGERI MASING-MASING kerana semangat kenegerian lebi kuat daripada semangat kebangsaan.Ketika itu, tidak ada satu pun persatuan orang Melayu yang besar meliputi semua negeri di Tanah Melayu. Yang ada hanyalah persatuan-persatuan Melayu pada peringkat negeri masing-masing.

Selepas PERANG DUNIA KEDUA (1940-an)pihak British mencadangkan penubuhan MALAYAN UNION yang menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu tetapi menghapuskan RAJA-RAJA MELAYUdan KEDUDUKAN PRIBUMI MELAYU. Pada tahun 1946, DATO' ONN JAAFAR seorang pejuang Johor telah melaungkan penentangan rancangan British yang dilihat pada jangka masa panjang akan menghapuskan hak orang Melayu ke atas Tanah Melayu. Suara penentangan ini telah mendapat sambutan dari persatuan-persatuan Melayu dan mewujudkan perpaduan dan pakatan dalam perhimpunan KONGRES KEBANGSAAN MELAYU. Kongres ini kemudiannya telah bersetuju menentang Gagasan Malayan Union melalui tunjuk perasaan dan pemulauan majlis-majlis yang dianjurkan oleh penjajah British pada masa itu.

Kongres Kebangsaan Melayu yang pertama ini juga telah berjaya membentuk UMNO (United Malay National Organisation) atau PAKEMBAR sebagai bada gabungan semua persatuan Melayu untuk menunjukan perpaduan Melayu menentang Gagasan Malayan Union.


Inilah kejayaan UMNO yang perlu dilihat dan diselami sedalam-dalamnya oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa UMNO, berkemungkinan besar negara kita akan terus terjajah)

No comments:

Post a Comment

Quick Linker