Wednesday, April 09, 2008

PERISTIWA 1993

(dari catatan sebuah majalah lama)

APABILA ADA ORANG MENYERANG PM


Suatu yang bukan anih dan sudah menjadi kebiasaan parti pembangkang membuat serangan ke atas PM dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.Ahli-ahli parti pembangkang tidak pernah menerima PM yang ada itu sebagai PM nya juga. Kepada mereka, ahli-ahli pembangkang hanya akan menerima PM yang dilantik di kalangan mereka. Dengan ini barulah PM itu akan dipuja, dipuji , diiktiraf dan apa-apa lah lagi....


NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Tapi yang menjadi aneh dan "luar biasa" sekarang ini (tahun 1993)ialah ada anggota Parlimen dari pihak kerajaan sendiri, dan yang terdiri daripada menteri kanan menghentam PM.Lagi aneh, ialah menteri yang berkenaan adalah datangnya daripada parti yang sama dengan parti PM. ini terjadi semasa kempen Pilihanraya Kecil Kawasan Kampung Raja, Terengganu..... ( sapa dia tak tau ....)
Nampak-nampak peristiwa tu dah berulang lagi. Ni dah jadi macam penyakit berjangkit. Macam cerita "kerbau pendek". Hari ini timbul pulak di Selangor. Ni yang tak best...

TIGA PERUBAHAN


    1.MEMULIHKAN SEMULA DEMOKRASI dalam UMNO
    2.DASAR dan VISI hendaklah merentasi sempadan kaum serta tidak lagi dilihat sebagai parti untuk orang Melayu sahaja
    3.PERANGAI serta KELAKUAN, BUDAYA, MORAL dan AKHLAK orang UMNO perlu diadabkan
(orang UMNO tak cukup adab lagi ke?)
Sebaris ayat yang tidak sedap ditulis dan dibaca ....

.........musnahnya demokrasi UMNO ianya bermula apabila Perlembagaan parti dipinda dengan memasukkan peraturan baru yang menetapkan syarat bahawa anggota parti yang hendak bertanding jawatan Presiden hendaklah mendapat pencalonan sebanyak 30% daripada Bahagian UMNO...

Teman rasa ini ada motif peribadi le. Apa tidaknya, awal-awal lagi "si anu" tu dah isytihar nak bertanding Presiden. Dalam pada itu juga, imej UMNO telah mereka gariskan sebegini....
NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

    1. UMNO tidak lagi memperjuangkan hak yang menjadi warisan bangsa, bahasa, budaya dan ekonomi Melayu
    2. Imej dimata orang bukan Melayu iaitu mereka menganggap parti ini untuk kepentingan orang Melayu dan bukannya kepentingan orang lain.
    3. Imejnya sebagai parti orang kaya di atas dan parti orang miskin di bawah; parti yang korup; parti yang berkeliaran dengan buaya-buaya darat dan yu-yu laut yang tidak segan silu menyapu dan menelan segala projek serta kontrak kerajaan - imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak sahaja orang Melayu, tetapi juga bukan Melayu


Mengapa la ni baru nak digembar-gemburkan. Buka pekong di dada sendiri.Ini mesti pasai menang sikit. kalau menang banyak, tentu ok punya. Hai entahlah ....

Yang sebenarnya dan yang amat perlu kita fikirkan ialah "BAGAIMANA PRESTASI DI KELANTAN?" Apa resepi yang perlu dihidangkan kepada rakyat Kelantan agar mereka syok kat BN ni? Fikirlah soal negeri dulu, baru fikir pasal kebangsaan.Gajah didepan mata tak nampak, tapi kuman sebalik gunung nampak.

Lagi tidak seronok bila 26,000 pucuk surat sudah dihantar ke seluruh ketua Bahagian, anggota JK Bahagian dan Ketua Cawangan agar mengadakan EGM. Ni apa kerja? Terpengaruh ka bapak-bapak kepala parti ni? Kalau terpengaruh, lingkup lagi. Tsunami mai lagi sekali, habis sapu bersih. Pembangkang tepuk tangan. UMNO Bahagian Cheras pun dah habaq nak buat pada 27 April 2008. Lepas itu, tang mana lagi .....MARILAH KITA FIKIR BERSAMA-SAMA..
Sambung bacaan KLIK SINI

Sunday, April 06, 2008

SAYA BERTANGGUNGJAWAB

Itulah ucapan tegas YAB PERDANA MENTERI


Prestasi BN dalam PRU 12 adalah buruk Lima negeri telah ditewaskan dan jatuh ke tangan pembangkang. Semua orang kemudiannya bercakap. Yang kalah dalam PRU pun bercakap. Ada pulak yang menang pun bercakap.


MENGAPA DIPERSALAHKAN KEPADA PAK LAH SAHAJA?






Ada pula yang berani beri "arahan" kepada Pak Lah supaya letak jawatan.


KEDUDUKAN KERUSI PARLIMEN PRU 12 (2008)




NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!


PARTI POLITIKJUMLAH PARLIMEN
Barisan Nasional140
PAS23
DAP28
PKR31


Rujuk Keputusan PRU 12 KLIK SINI


MEMBUANG UNDI MENYEMPURNAKAN TANGGUNGJAWAB

BN tidak kalah lagi. Masih ada mandat yang diberikan oleh rakyat. Masih ada lagi mereka yang sayangkan BN, yang setia kepada Pak Lah dan Pak Jib. Yang pelik lagi ada pula yang sibuk-sibuk "provoke" nak buat Perhimpunan Agung Khas (EGM). Apa ke hal pulak ni? Ini yang akan mengelirukan rakyat. Orang sibuk-sibuk dok fikiaq macam mana post-mortem PRU 12, hampa pulak dok sibuk nak buat EGM. Tunggula pemilihan cawangan dan bahagian nanti. Masa tu hang tibai la.. Ada UMNO Bahagian tu dah mengadakan Persidangan Perwakilan Khas dan "suara bulat" telah bersetuju meminta MT mengadakan EGM bagi membincangkan hala tuju parti selepas prestasi buruk dalam PRU 12.Yang paling merumitkan lagi, ada usul menggesa pindaan dibuat ke atas perlembagaan parti termasuk memansuhkan beberapa fasal. Selama ini perlembagaan parti tak cukup power ka?
Yang paling "terkejut" bila mereka-mereka ini kata UMNO dalam keadaan "darurat" dan perlukan perubahan besar terutama bagi mengatasi masalah yang dialami. Ada TIGA perubahan yang perlu dibuat:
Sambung baca di atas.KLIK SINI

Wednesday, April 02, 2008

BEST PUNYA

SUATU PERKEMBANGAN POSITIF



Ini suatu penulisan dari sebuah blog (Tak payah lah susah-susah tulis siapa.. nanti bangga pulak)


"Tahniah kepada Datuk Dr. Mohd Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor yang kini mempunyai blognya sendiri. Malah lebih memeranjatkan lagi sehingga jam 8.45 pagi tadi topik terakhir beliau telah mendapat 452 'comments' dari pembaca blog.



Apa yang menggembirakan saya ialah akhirnya komen saya telah dimasukan juga. Hampir 24 jam saya menunggu sama ada komen saya akan diterima atau tidak. Komen saya hanya mengandungi 3 ayat seperti berikut: 1. Wau...Tahniah Datuk, ini baru dikatakan Pemimpin berjiwa rakyat.
2. Jika Datuk hendak cadangan, sila layari blog saya.
3. Selepas Datuk baca, ambil mana-mana yang boleh diguna pakai dan tinggalkan mana-mana yang tidak boleh digunakan.

Akhirnya fungsi blog kini telah diiktiraf sebagai saluran penting untuk Pemimpin berinteraksi dengan rakyat dan begitu juga disebaliknya. Jika masih ada Pemimpin-pemimpin yang berpendapat bahawa blog tidak penting, maka saya harap Pemimpin-pemimpin berkenaan teruskanlah bergantung harapan kepada TV3, RTM, U.Malaysia dan B.Harian untuk meneruskan usaha anda untuk menuju 'kehancuran' kerjaya anda sebagai seorang Pemimpin.

Kini saya dan rakyat keseluruhan masih menanti keujudan blog-blog dari Pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Malah dalam hal ini saya merasa bangga kerana Pemimpin seperti Sdr Mat Sabu yang selalu dihina dan dikutuk itu telah lebih awal mempunyai blognya sendiri. Tahniah Abang Mat.

Malah dalam kita berbicara soal blog, sebelum ini saya ada terbaca dalam satu blog lain yang menyatakan ada Pemimpin Umno di bahagian tertentu tidak tahu dan tidak kenal apa itu 'tumbdrive'? Kenapakah sampai ketahap ini sekali dangkalnya Pemimpin Umno sekarang. Renung-renung dan fikir-fikirlah sendiri.

Pada bakal-bakal Pemimpin Umno yang mempunyai hasrat untuk mengujudkan blognya sendiri, harapan saya pada anda semua agar tidak perlu malu dan takut. Teruskan usaha itu dan jangan pedulikan apa saja komen yang datang dari 'Pengkritik tanpa batas' yang akan menghentam anda dari masa ke semasa.

Begitu juga jika anda seorang Pemimpin yang kental maka anda tidak perlu sekat apa saja komen yang dilemparkan kepada blog anda. Jadilah seperti saya walaupun orang maki hamun dan mencaci saya hanya kerana gara-gara menggunakan nama 'su-kj' tetapi akhirnya mereka akan menerima juga kehadiran saya dalam dunia blogger. Bagi saya nama itu tidak penting dan yang penting ialah isinya, tujuannya, hasilnya dan kesannya.

Pandangan saya:
kalau baca tulisan-tulisan di atas ini, BERHATI-HATILAH SIKIT - AMBIL YANG JERNIH BUANG YANG KERUH..

NEXT STORY

Portfolio Exco Terengganu bakal ada perubahan: MB



KUALA TERENGGANU: Beberapa portfolio anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu bakal disusun semula termasuk digabungkan supaya selaras dengan barisan Kabinet baru di peringkat kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata perubahan itu adalah perkara biasa bagi memastikan portfolio yang diwujudkan itu, selaras dengan peranan atau tugas jemaah menteri.

“Seperti Kabinet, ada yang cantum...kita tengok kalau ada kesesuaian. Perubahan ini perkara biasa untuk disesuaikan dengan Kabinet.

“Walaupun tidak sama (seperti Kabinet), tapi sekurang-kurangnya ada pelarasan (terhadap tugas exco kerajaan negeri dengan Jemaah Menteri),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup menghafaz Al-Quran peringkat negeri Terengganu di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini, malam semalam.

Turut hadir, Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Shaikh Harun Shaik Ismail.

Ahmad turut membayangkan senarai barisan Exco kerajaan negeri itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bakal menganggotai barisan pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Kalau nak tahu berapa peratus muka baru, boleh kira bila saya umumkan senarai barisan exco. Insya-Allah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana reaksi Adun yang dipilih sebagai Exco kerajaan negeri kelak, Ahmad berkata: “Insya-Allah mereka terima. Keputusan yang kita buat dalam pemilihan Exco adalah untuk kepentingan rakyat Terengganu.”

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM200,000 bagi program melahirkan penghafaz al-Quran di negeri ini tahun ini,” katanya. - Bernama

FIKIR-FIKIRKAN

Petikan –BERITA HARIAN (02 April 2008)


Ahli majlis PBT dan JKKK daripada Umno di Kedah diarah letak jawatan

ALOR STAR:

Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno diarah meletak jawatan berkuat kuasa semalam ekoran kekalan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat Umno Kedah di sini malam tadi.

Katanya, semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lalu untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.
“Bagaimanapun, mulai semalam juga semua JKKK itu akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Mahdzir, yang juga bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri .

Sebelum ini, semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada parti komponen BN yang lain sudah melepaskan jawatan mereka selepas BN tewas pada pilihan raya umum itu.
Mahdzir berkata, sebahagian ahli majlis PBT daripada Umno menghantar surat peletakan jawatan mulai semalam dan selebihnya akan berbuat demikian hari ini. — Bernama


See this webKLIK HERE

Quick Linker