Thursday, March 20, 2008

UMNO: SECOND NOTE

4 FEBRUARI 1988 dan 18 DISEMBER 1988 adalah tarikh yang mempunyai makna dan pengertian yang tersendiri. zulia-Political.info ingin mengupas.

4 FEBRUARI 1988- tarikh UMNO diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bermula dari tarikh ini, kesatuan dan kepaduan orang Melayu telah tergugat dan terancam.

Mereka terpecah kepada dua kumpulan, iaitu:
* satu kumpulan berada dalam UMNO yang didaftarkan semula
* satu kumpulan lagi berada DI LUAR PARTI

Lawat web phonecollections
Lawat laman Berniaga Internet


INILAH SEBUAH PERISTIWA YANG MENCABAR PERPADUAN MELAYU, TETAPI BERJAYA DISELESAIKAN! Sememangnya inilah kekuatan UMNO.

Saya terpanggil untuk menulis beberapa perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh beberapa pemimpin besar ( dulunya pembangkang sekarang dah jadi pemerintah)

Monday, March 17, 2008

UMNO:FIRST NOTE

(sambungan dari post terdahulu)

Kejayaan-kejayaan UMNO mencorak pentadbiran di Malaysia akan lebih dihargai jika dibandingkan dengan negara-negara membangun lain yang lebi awal merdeka seperti Indonesia, Thailand dan negara-negara Komanwel yang lain.Malah banyak negara tersebut mengalami perang saudara yang tiada kesudahan.

Kejayaan PERTAMA UMNO ialah mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dengan menggagalkan rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union.

Kejayaan KEDUA ialah mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia daripada Britain melalui perundingan yang tidak menumpahkan darah.

Seperti namanya, UMNO merupakan sebuah pertubuhan untuk orang Melayu yang menyatukan bangsa ini di peringkat kebangsaan. PERLU DIINGATKAN BAHAWA SEBELUM WUJUDNYA UMNO, ORANG-ORANG MELAYU BERPECAH-BELAH MENGIKUT NEGERI MASING-MASING kerana semangat kenegerian lebi kuat daripada semangat kebangsaan.Ketika itu, tidak ada satu pun persatuan orang Melayu yang besar meliputi semua negeri di Tanah Melayu. Yang ada hanyalah persatuan-persatuan Melayu pada peringkat negeri masing-masing.

Selepas PERANG DUNIA KEDUA (1940-an)pihak British mencadangkan penubuhan MALAYAN UNION yang menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu tetapi menghapuskan RAJA-RAJA MELAYUdan KEDUDUKAN PRIBUMI MELAYU. Pada tahun 1946, DATO' ONN JAAFAR seorang pejuang Johor telah melaungkan penentangan rancangan British yang dilihat pada jangka masa panjang akan menghapuskan hak orang Melayu ke atas Tanah Melayu. Suara penentangan ini telah mendapat sambutan dari persatuan-persatuan Melayu dan mewujudkan perpaduan dan pakatan dalam perhimpunan KONGRES KEBANGSAAN MELAYU. Kongres ini kemudiannya telah bersetuju menentang Gagasan Malayan Union melalui tunjuk perasaan dan pemulauan majlis-majlis yang dianjurkan oleh penjajah British pada masa itu.

Kongres Kebangsaan Melayu yang pertama ini juga telah berjaya membentuk UMNO (United Malay National Organisation) atau PAKEMBAR sebagai bada gabungan semua persatuan Melayu untuk menunjukan perpaduan Melayu menentang Gagasan Malayan Union.


Inilah kejayaan UMNO yang perlu dilihat dan diselami sedalam-dalamnya oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa UMNO, berkemungkinan besar negara kita akan terus terjajah)

Saturday, March 15, 2008

POLITIK MALAYSIA

PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE 12telah pun selesai. Ada yang terkejut, terkedu, tersedu dan termanggu-manggu. Apa tidaknya EVERYTHING CHANGES!!!

Saya suka untuk menyelak-nyelak kembali kenangan silam tentang POLITIK MALAYSIA. Saya rasa terpanggil untuk membicarakan pasal POLITIK MALAYSIA. Apa tah lagi hari ini, bulan ini dan tahun ini, segala-galanya berlaku dalam sekelip mata tanpa diduga.

Saya terbaca sebuah artikel dalam sebuah majalah yang bertajuk "UMNO TUNGGAK NEGARA" . Tajuknya amat menonjol dan ditulis sekitar tahun 1996 ( melebihi 12 tahun). Saya perturunkan sedikit petikan artikel tersebut untuk tatapan umum.


.... Pada 11 Mei setiap tahun, UMNO menyambut ulangtahun penubuhannya. Tapi pada tahun ini (1996), sambutan itu dibuat secara besar-besaran kerana UMNO sudah menjangkau 50 tahun (kalau manusia sudah kategori warga emas). UMNO atau Perubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PAKEMBAR) adalah sebuah parti politik yang secara berterusan memerintah negara ini sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada mulanya, pemerintah Malaysia terdiri daripada gabungan parti politik yang dinamakan PERIKATAN, tetapi kini dikenali sebagai BARISAN NASIONAL yang berlambangkan DACING atau PENIMBANG.


Kejayaan UMNO bukan sahaja terletak pada kemenangannya dalam setiap pilihanraya umum dan terus-menerus memerintah Malaysia, malah kerana berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju. malah UMNO meletakkan negara ini di atas landasan untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Quick Linker